Viu Original lancarkan thriller psikologi, Alter-Naratif

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

Alter-Naratif merupakan thriller psikologi hasil idea Aina Izzah, seorang graduan undang-undang dan wartawan yang juga merupakan pemenang Viu Pitching Forum 2021. Siri ini kemudiannya dikembangkan lagi oleh ketua penulis, Rafidah Abdullah dan diarahkan oleh Faisal Ishak yang pernah memenangi pelbagai anugerah.

Siri yang mengandungi lapan episod ini mula ditayangkan buat pertama kali di platform penstriman ini pada 25 Mei dengan episod baharu disiarkan pada setiap Khamis.

Kingsley Warner, Pengurus Negara, Viu Malaysia, berkata, Alter-Naratif bermula dengan satu persoalan menarik, jika memori boleh dimanipulasi, bagaimana anda yakin tentang siapa diri anda yang sebenar?

“Berdasarkan idea pemenang Viu Pitching Forum 2021, kami seronok menghasilkan karya ini dan kami percaya penonton Viu juga bakal menyukai karya ini.

“Viu Pitching Forum adalah program yang dianjurkan oleh Viu di setiap pasarannya untuk menyediakan platform kepada penulis skrip baru di seluruh rantau ini untuk membangunkan karya mereka menjadi sebuah drama Viu Original, di bawah bimbingan pakar dalam industri.

“Kami percaya pentingnya pelaburan sebegini dalam ekosistem kreatif di Malaysia dan kami berbangga dapat menerbitkan karya pemenang sebagai salah satu drama Viu Original,” katanya.

Drama ini menampilkan gandingan hebat pelakon-pelakon wanita yang pernah memenangi pelbagai anugerah, termasuklah Nabila Huda, Liyana Jasmay dan Neera Azizi.

Drama ini turut dibintangi pelakon seperti Gambit Saifullah, Rahim Omar, Adlin Aman Ramlie, Namron, Anas Ridzuan dan Gisnervern Arikrishnan.

Viu Original ini merupakan drama sains fiksyen yang bertujuan mendekati penonton di Malaysia dan di rantau ini dengan pengalaman mendebarkan.

Siri ini juga menampilkan runut bunyi asli, Ilusi Keliru oleh Amir Masdi, yang digubah oleh Rudy Nastia, Adi Pawana dan Shamin Nazri.

Alter-Naratif menceritakan kisah Mel Isa, seorang Ketua Pegawai Eksekutif di Electric Dust Agency (EDA), sebuah syarikat yang membangunkan teknologi yang boleh memadam dan menggantikan memori orang.

Mel memperjuangkan teknologi tersebut sebagai masa depan untuk terapi psikologi, bagi membantu mangsa trauma membina semula kehidupan mereka. Namun, apabila dia mula pitam dan mengalami halusinasi, dia mula mengesyaki bahawa memorinya sendiri telah diolah.

Siasatannya mendedahkan korupsi syarikatnya sendiri dan menghidupkan kembali jenayah yang berlaku 20 tahun lalu. Mel mula mempersoalkan dirinya dan siapa yang dia boleh percayai.

Penonton Viu boleh menyaksikan drama thriller Alter-Naratif yang mengujakan ini di aplikasi Viu, yang juga boleh dimuat turun secara percuma di App Store, Google Play, Huawei App Gallery dan TV pintar terpilih, serta laman web www.viu.com.

Untuk mengetahui lebih lanjut, muat turun Viu di App Store atau Google Play, atau layari www.viu.com. Ikuti kami di Facebook, Instagram, YouTube, Twitter, dan TikTok.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Air mata Che Ta gugur iringi pernikahan anak sulung, titip nasihat rumah tangga

SUASANA penuh syahdu bersulami linangan air mata gembira mengiringi detik bersejarah buat keluarga aktres Rozita Che Wan, apabila anak...

More Articles Like This