Azlinda Azman diumum Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PROF. Dr Azlina Azman dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi yang baharu selama dua tahun mulai hari ini hingga 30 Mei 2025.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam kenyataan memaklumkan, Azlinda yang sebelum ini merupakan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (HEPA) Universiti Sains Malaysia (USM) menggantikan Prof Datuk Dr Husaini Omar yang telah bersara wajib pada 10 Mac lalu.

Menurut kenyataan itu, Azlinda, 55, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Kerja Sosial) dari USM sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran dalam bidang sama.

Katanya, beliau merupakan antara segelintir individu yang terpilih dan dianugerahkan Biasiswa Fulbright untuk melanjutkan pengajian ke peringkat kedoktoran dalam Kerja Sosial Klinikal di Universiti New York (NYU), Amerika Syarikat (AS).

“Selain memiliki pengalaman kerja dan pentadbiran yang luas, beliau juga merupakan seorang ahli akademik dan penyelidik yang disegani terutama dalam bidang kerja sosial di peringkat kebangsaan serta antarabangsa.

Baca artikel berkaitan: Malaysia sedia perluas program pertukaran pelajar dengan Rusia – Khaled

“Azlinda merupakan Pengerusi Jawatankuasa Majlis Bersama Kebangsaan Pendidikan Kerja Sosial Malaysia dan juga merupakan Konvenor Kumpulan Tindakan dan Penyelidikan AIDS (AARG), USM sejak 2011,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, KPT memaklumkan, Azlinda juga pernah menerima anugerah Ikon Akademik Kerja Sosial oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada tahun 2021.

“Dengan rekod kepimpinan dan pencapaian pendidikan yang cemerlang, kementerian yakin bahawa pelantikan Azlinda berupaya melonjak prestasi Jabatan Pendidikan Tinggi ke tahap lebih tinggi dan turut memperkasa ekosistem pendidikan tinggi berpaksikan kecemerlangan.

“Kementerian turut mengambil kesempatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi sebelum ini iaitu Husaini atas jasa bakti beliau sepanjang menerajui Jabatan Pendidikan Tinggi,” katanya.

Penyerahan watikah pelantikan Azlinda telah disempurnakan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sambil disaksikan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Abdul Razak Jaafar, hari ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Rebat RM200 beli penyaman udara, peti sejuk cekap tenaga menerusi NUR@PETRA bermula Julai

PENGGUNA boleh menikmati rebat sebanyak RM200 bagi pembelian penyaman udara atau peti sejuk cekap tenaga menerusi pelaksanaan program Nikmat...

More Articles Like This