Dua maut selepas van bertembung treler dekat Tanah Merah

Dari Penulis

DUA disahkan maut selepas van yang dinaiki bertembung dengan sebuah treler di Jalan Kota Bharu-Machang-Jeli dekat Kampung Batang Merbau, Tanah Merah, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd. Haki Hasbullah berkata, dalam kejadian pukul 7.30 malam itu, pemandu treler dalam perjalanan dari Tanah Merah ke Jeli.

Beliau berkata, sampai di tempat kejadian, sebuah van datang dari arah bertentangan dipercayai sedang memotong kenderaan lain lalu berlanggar dengan treler.

“Akibat kemalangan itu, treler terbalik di atas jalan.

“Pemandu van yang dikenali sebagai Muhamad Isyhad Ismi, 20, dan penumpang Nur Farah Nabilah Che Hasan, 23, mengalami kecederaan di kepala serta badan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, pemandu treler berusia 26 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dan saringan ujian air kencing negatif dadah.

Katanya, pemeriksaan mendapati mangsa yang memandu van tidak mempunyai lesen memandu.

Mohd. Haki berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada pemandu van yang memotong kenderaan menerusi kesan serpihan di atas jalan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This