Pemuda maut selepas Kia Forte langgar tiang lampu

Dari Penulis

SEORANG pemandu disahkan maut selepas kereta yang dipandu melanggar tiang lampu dekat Jalan Bendahara 8, Taman Sentosa, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada pukul 2.43 pagi.

Beliau berkata, sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Andalas dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Bomba tiba lapan minit kemudian mendapati kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Kia Forte.

“Mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri terperangkap dalam kereta tersebut dan tidak tersepit,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, bomba mengambil masa lima minit untuk keluarkan mangsa yang cedera parah di kepala.

Jeffrey Lim Chee Xuan, 21, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This