SEORANG penumpang warga Myanmar maut selepas kereta Honda City yang dinaiki melanggar tiang lampu di Kilometer 370.4, Lebuhraya Pantai Timur 2 dekat Bukit Besi -Ajil, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian daripada orang awam pada pukul 6.50 pagi.
Beliau berkata, siasatan mendapati kereta Honda City yang dipandu seorang lelaki berusia 29 tahun bersama mangsa dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Seremban.
“Sampai di lokasi, kereta terbabit telah hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar tiang lampu sebelum terbalik.
“Akibat kemalangan, mangsa yang dikenali sebagai Min Tun Naing Oo, 45, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun bagi tujuan bedah siasat.
Sementara itu pemandu hanya cedera ringan dan dibawa ke Hospital Dungun bagi rawatan lanjut.
Baharudin berkata, kereta Honda City yang cukai jalan tamat tempoh pada Mac lalu, rosak teruk di bahagian hadapan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

