PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengambil keputusan untuk menggugurkan bekas Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Eddin Syazlee Shith sebagai Ketua Badan Perhubungan Negeri Perikatan Nasional (PN) negeri.
Setiausaha PN Negeri Sembilan, Nazree Yunus berkata, posisi berkenaan kini diisi oleh Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkuat kuasa serta-merta.
Katanya, kepimpinan PN Negeri Sembilan dimaklumkan mengenai perubaha itu ketika mesyuarat yang diadakan lewat petang semalam.
“Kebetulan semalam kami ada mesyuarat PN negeri dan beliau (Eddin Syazlee) memaklumkan mengenai perkara itu. Eddin Syazlee meminta kami teruskan gerak kerja bagi menghadapi PRN. Itu nasihat daripada dia.
“Kami juga diminta bertenang serta akur dengan keputusan pucuk pimpinan parti. Beliau juga menerima dengan hati yang terbuka berhubung perkara berkenaan,” katanya seperti dilapor Berita Harian.
Baca artikel lain: Atasi isu hartanah tidak terjual, elak beban ekonomi negara – Pakar
Terdahulu, tular diaplikasi WhatsApp mengenai pengguguran Eddin Syazlee daripada jawatan terbabit.
Berdasarkan mesej tular berkenaan, Eddin Syazlee menjelaskan surat penggugurannya sebagai Pengerusi Perhubungan PN Negeri Sembilan diterima melalui aplikasi WhatsApp.
Katanya, sebagai ahli parti beliau akur dan menerima keputusan itu dengan hati terbuka.
“Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada semua sahabat ahli jawatankuasa yang banyak berkorban membantu saya sepanjang saya menggalas tanggungjawab sebagai Ketua BPN/Pengerusi Bersatu negeri.
“Majlis Tertinggi PN telah memaklumkan mengenai pelantikan Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Pengerusi Badan Perhubungan PN Negeri Sembilan yang baharu berkuat kuasa serta-merta,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

