PRN: Terengganu selesai agih kerusi BN-PH

Dari Penulis

TERENGGANU menjadi negeri pertama menyelesaikan agihan kerusi antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Ketua UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, berkata jumlah kerusi dan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan ditandingi calon BN dan PH akan diumumkan presiden parti masing-masing.

Katanya, rundingan agihan kerusi di peringkat negeri diadakan sebanyak tiga kali sebelum diserahkan kepada pimpinan tertinggi parti.

“Kita serahkan kepada Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk membuat keputusan muktamad.

“Terpulang kepada presiden parti dalam PH untuk keputusan muktamad, tetapi perbincangan pengagihan kerusi di peringkat negeri sudah selesai dilakukan,” katanya memetik laporan Berita Harian.

BERITA BERKAITAN Ahmad Said ziarah keluarga miskin, bantu pelajar dalam kesusahan

Beliau berkata demikian selepas merasmikan pelancaran jentera PRN peringkat Parlimen Marang, di Dewan Besar Institut Kemahiran Belia negeri (IKBN) Wakaf Tapai, Marang.

Ketika mengulas berhubung senarai calon, Ahmad berkata ia akan dibuat selepas DUN dibubar.

“Senarai calon yang akan bertanding sudah disenarai pendek, tetapi perlu melalui beberapa proses,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’ Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hilang kawalan ketika memotong punca pegawai polis, guru maut di Lenggong

KENDERAAN hilang kawalan ketika cuba memotong dipercayai menjadi punca kemalangan maut meragut nyawa seorang pegawai polis dan seorang guru...

More Articles Like This