Sanusi dakwa Anwar tidak faham erti kemiskinan, tiada pengalaman hidup demikian

Dari Penulis

MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mempertikaikan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan komitmennya untuk membasmi kemiskinan tegar di Malaysia kerana tidak mempunyai pengalaman hidup dalam keadaan tersebut.

“Dia (Anwar) cakap pasal orang miskin, dia pernah miskin ka?

“Dia anak pemimpin UMNO. Bapa dia ahli parlimen, mak dia (anggota) Wanita UMNO. Dia mengaji (belajar) di MCKK (Kolej Melayu Kuala Kangsar). Dia miskin hari apa?,” katanya ketika berceramah dalam program kempen PN di Tanjong Karang, Selangor malam tadi di Kompleks PAS Tanjong Karang, malam tadi.

Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS berkata, pemimpin yang memahami orang miskin mesti merupakan mereka yang mempunyai pengalaman hidup dalam kemiskinan.

“Macam saya anak orang miskin. Bapa saya ada anak 13. Kerja cari petai, buat bendang, potong getah dan sebagainya.

“Hang toksah (tidak usah) sembang pasal miskin. Hang tak tau apa. Tok sah sembang lah bos, berangan-angan sahaja. Memperalatkan kemiskinan orang,” sambil menceritakan bagaimana Anwar memperjuang kemiskinan di zaman universiti hanya untuk menjadi popular.

Katanya lagi, jika Anwar benar-benar mahu membasmi kemiskinan tegar, dia sepatutnya meluluskan hab logistik Kedah Aerotropolis.

“Dari segi Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), Kedah kedua terendah selepas Kelantan.

“Walaupun produk banyak, kita tak ada pelabuhan. Barang-barang kita dieksport melalui pelabuhan di Pulau Pinang, Klang dan Singapura. KDNK kita dimasukkan ke dalam Pulau Pinang, Selangor dan Johor,” katanya lagi.

BERITA BERKAITAN Dakwa P. Pinang milik Kedah: “Saya sedia ke mahkamah, ada banyak bukti” – Sanusi

Sanusi berkata dia telah menulis tiga pucuk surat kepada Anwar untuk mengatur pertemuan bagi membincangkan projek tersebut, namun dia mendakwa Anwar menolaknya.

Dia mendakwa keengganan Anwar untuk meluluskan projek itu setelah dia enggan memohon maaf kerana didakwa memfitnah Anwar ketika kempen PRU lalu.

Dalam ucapannya di Tambun pada November lalu, Sanusi mengingatkan pengundi berkenaan Anwar yang pernah disabitkan bersalah atas tuduhan liwat dan salah guna berkuasa, dan menyifatkannya sebagai “muflis moral”.

“Dia jiwa koyak, hati tisu. Nak jadi perdana menteri, hati tak boleh tisu.

“(Anwar) bukan hadapi Sanusi seorang saja, nak hadapi 32 juta rakyat Malaysia, beratus negara luar dan dasar luar mereka terhadap Malaysia. Nak hadapi tindakan perisikan antarabangsa yang nak pengaruhi dasar luar kita.

“Hati kita tak boleh tisu, jiwa kena kental. Tak boleh layan benda-benda hati tisu,” katanya lagi.

Kedah Aerotropolis adalah projek mega yang antaranya merangkumi Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim serta sebuah hab pembuatan dan logistik, yang menurut Sanusi tidak memerlukan dana persekutuan.

Antara pemimpin yang hadir dalam majlis malam tadi adalah Pengerusi PN Selangor Datuk Seri Azmin Ali, bekas ahli parlimen Tanjong Karang Tan Sri Noh Omar, Ketua Wanita Bersatu Datuk Seri Rina Harun, Pengerusi Bersatu Selangor Datuk Abdul Rashid Asari, Ahli Parlimen Kapar Dr. Halimah Ali dan Ahli Parlimen Pendang Datuk Awang Hashim.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’ Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemandu Almera gagal kawal kereta, rempuh Civic di Jalan Tun Razak

TINDAKAN seorang lelaki dipercayai menekan pedal minyak secara berlebihan menyebabkan kereta dipandunya hilang kawalan sebelum merempuh sebuah lagi kenderaan...

More Articles Like This