Arah kereta berhenti di lebuhraya, penjawat awam ditahan menyamar polis

Dari Penulis

SEORANG penjawat awam ditahan polis selepas dipercayai menyamar sebagai anggota polis ketika cuba mengarahkan sebuah kereta berhenti di Kilometer 41.5, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, turut ditahan bersama suspek berusia 43 tahun itu, seorang lelaki berumur 48 tahun.

Katanya, kedua-dua mereka yang merupakan lelaki tempatan ditahan pada pukul 6 petang semalam.

“Suspek pertama merupakan seorang penjawat awam, tidak memiliki sebarang rekod jenayah.

“Sementara suspek kedua pula mempunyai rekod jenayah bersabit kes dadah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, turut dirampas sehelai baju pantulan cahaya, lampu beacon mudah alih, lampu suluh, lampu suluh kepala dan sebuah kereta Honda City serta anak kunci.

Katanya, permohonan reman ke atas suspek pertama ditolak manakala suspek kedua direman selama dua hari.

Sementara suspek ketiga masih bebas dan diburu polis.

UtusanTV melaporkan, mangsa telah dikejar suspek ketika dalam perjalan dari Singapura menuju ke Genting Highland.

Kejadian itu telah dimuat naik ke laman Facebook sebelum ia tular.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan dan Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967.

Kamarul Zaman berkata, masyarakat diminta menyalurkan maklumat berkaitan jenayah dan penyeludupan yang berlaku bagi membantu polis mengesan suspek.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Mahfuz dakwa Onn Hafiz kaitkan istana dengan politik

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mahfuz Omar menegur tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengaitkan...

More Articles Like This