Polis Pahang sahkan seorang Ketua Polis Daerah ditahan SPRM

Dari Penulis

KETUA Polis Pahang Datuk Yahaya Othman mengesahkan seorang Ketua Polis Daerah di negeri ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Beliau berkata pihaknya sedia memberi kerjasama dan ruang kepada SPRM untuk menjalankan siasatan.

“Polis Pahang memberi jaminan tidak akan berkrompromi dengan kegiatan salah laku, jenayah atau apa-apa perlanggaran undang-undang oleh pegawai dan anggota,” katanya menerusi kenyataan ringkas di sini hari ini.

SPRM difahamkan akan membuat permohonan reman terhadap pegawai kanan polis berusia 53 tahun itu esok.

Pegawai kanan itu difahamkan ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menerima rasuah dianggarkan lebih RM1 juta dari tahun 2017 hingga 2022, dikatakan bagi melindungi pusat hiburan daripada tindakan penguatkuasaan. – BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This