SEORANG penagih dadah ditahan penduduk kampung selepas bertindak memecah masuk sebuah kedai runcit di Kampung Kubang Tin Peringat, Kota Bharu, pagi kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, pihaknya telah menerima aduan mengenai kejadian daripada seorang lelaki Melayu pada pukul 9.51 pagi.
“Dalam kejadian pukul 7 pagi itu, suspek telah datang sendirian dan masuk ke dalam kedai dengan mengumpil pintu pagar hadapan kedai sebelum mencuri sejumlah wang syiling serta dua bilah pisau pemotong daging,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, aksi suspek itu telah disedari oleh pemilik kedai dan berjaya menangkap suspek dengan bantuan penduduk kampung.
“Pemeriksaan mendapati suspek positif dadah dan mempunyai beberapa rekod kesalahan lampau.
“Suspek juga merupakan orang dikehendaki polis bersabit tiga kesalahan dadah dan jenayah,” ujarnya.
Mohd Rosdi berkata, suspek direman selama tujuh hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

