PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju dengan cadangan supaya pemberian subsidi dan kawalan harga ayam serta telur diteruskan mulai 1 Julai 2023.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberitahu, inisiatif tersebut merupakan cadangan daripada dua kementerian berkenaan.
Ujarnya, ia dilakukan dalam memastikan industri ayam dan telur kekal mampan, selain kebajikan rakyat terus terbela oleh Kerajaan Perpaduan.
“Mesyuarat Jemaah Menteri pada 17 Februari yang lalu membuat keputusan untuk meneruskan pemberian subsidi ayam dan telur bermula 1 Januari hingga 30 Jun 2023.
“Keputusan untuk meneruskan pemberian subsidi ini diambil demi memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara selaras dengan aspirasi Kerajaan Malaysia Madani,” katanya dalam kenyataan bersama, hari ini.
Baca artikel lain: Pengecualian duti setem pemilikan rumah pertama, pindah milik harta secara kasih sayang
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu sebelum ini mengumumkan bahawa bermula 1 Julai ini, harga ayam dan telur tidak lagi disubsidi sebaliknya akan diapungkan.
Penamatan itu adalah membolehkan kementerian menilai serta mengawal harga barangan sama ada naik atau turun, berbanding harga siling runcit ketika ini.
Bagi memastikan bekalan ayam dan telur dapat distabilkan selepas subsidi berakhir, kementerian melaksanakan mekanisme bertahap, antaranya memansuhkan sekatan eksport ayam pedaging hidup, ayam bulat, dan keratan ayam sepenuhnya.
Kerajaan juga akan membenarkan import ayam dari negara yang diiktiraf seperti Thailand, China, Brazil dan Denmark, manakala import telur dibenarkan dari Thailand dan Ukraine.
Pada masa ini, harga siling runcit bagi ayam standard di Semenanjung adalah RM9.40 sekilogram, manakala harga siling bagi telur adalah 45 sen bagi gred A, 43 sen bagi gred B dan 41 sen bagi gred C.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

