SEORANG wanita didakwa diculik oleh bekas kekasihnya dalam satu kejadian di kawasan Perumahan Bandar 8, Lubuk Begalung dekat Sumatera Barat, semalam.
Menerusi rakaman kamera litar tertutup, kejadian berlaku ketika mangsa sedang berjalan kaki bersendirian sebelum didatangi oleh seorang lelaki yang menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV).
Mangsa telah dipeluk dari arah belakang sebelum dipaksa masuk ke dalam MPV lalu terus beredar.
Ketua Polis Daerah Lubuk Begalung, Komisioner Mochammad Rosidi berkata, penduduk yang melihat kejadian penculikan terbabit telah membantu mengejar kenderaan suspek.
“Mangsa telah dibebaskan oleh suspek dan diturunkan di persimpangan jalan selepas dikejar penduduk,” katanya memetik laporan Sumbar Suara.
Jelasnya, mangsa telah membuat laporan polis dan identiti suspek telah dikenal pasti.
“Kami sedang memburu suspek. Sebarang perkembangan dan maklumat akan diumumkan,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

