Pasti ramai yang suka makan ketam? Percayalah, mesti ada di antara kita yang tidak tahu cara memilih ketam yang segar. Pasti ada yang kecewa kerana terbeli ketam yang sedikit isinya atau yang berbau. Tambah pula harga ketam hari ini sememangnya mahal.

Tahukah anda bahawa ketam mempunyai jantina? Ada jantan dan betina. Jantina ini juga memainkan peranan yang penting ketika hendak membeli ketam.

SAJI kongsikan petua untuk memilih ketam segar serta mengenali ketam betina dan ketam jantan.
Ketam Jantan
– Ketam bunga jantan selalunya berwarna biru terang dengan bintik-bintik putih
– Ketam jantan besar tetapi isi tidak banyak
– Ketam jantan rasanya lebih manis
– Ketam jantan mempunyai bentuk ‘V’ atau tiga segi memanjang pada dada ketam
– Ketam jantan tidak ada telur dan bersepit lebih besar
Ketam Betina
– Ketam bunga betina berwarna coklat kehijauan
– Ketam betina sederhana besar tetapi isi padat
– Ketam betina punyai telur dan bersepit kecil
– Ketam betina mempunyai bentuk tiga segi yang lebih bulat dan lebar
Cara Memilih Ketam Segar
- Beli ketam ketika bulan mengambang, dipercayai isinya padat dan penuh
- Pilih ketam yang berat timbangannya kerana isinya banyak dan tidak kecut
- Pilih ketam betina kerana lebih banyak isi berbanding jantan
- Pilih ketam betina yang bertelur
- Pastikan ketam cukup sifatnya, jika kakinya mudah tercabut menandakan ianya ketam lama
- Bau dan hidu, ketam yang baru akan berbau seperti air laut dan tidak berbau hanyir

