BAHAN
1 ekor ayam – potong kecil
1 cawan air
40 ml santan
2 biji ubi kentang – belah empat
480 ml air asam jawa
10 tangkai cili kering – kisar
1 ikat daun kesum
8 biji belimbing buluh
3 keping asam gelugur
Minyak masak untuk menumis
Garam dan gula
BAHAN TUMIS
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 cm lengkuas
2 cm halia
1 cm kunyit
1 cm belacan (jika suka)
CARA PENYEDIAAN

1.Panaskan minyak, masukkan bahan tumis sehingga naik baunya.

2.Masukkan cili kisar dan tumis lagi seketika. Setelah pecah minyak, masukkan air dan biarkan ia mendidih.

3.Kemudian masukkan ayam dan gaulkan sebati. Masukkan daun kesum dan kacau rata. Apabila sudah mendidih, masukkan santan dan ubi kentang. Kacau seketika. Biarkan sehingga ubi kentang empuk. Akhir sekali, masukkan belimbing buluh. Bubuh garam secukup rasa. Jika kurang masam, boleh tambahkan asam gelugur, jika suka.

Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini.
Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR.
Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

