PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, negara tidak akan berkompromi terhadap sebarang ancaman yang melibatkan isu keselamatan siber.
Sehubungan itu, katanya, Rang Undang-Undang Keselamatan Siber akan digubal segera agar kerajaan bersedia menangani isu tersebut di dalam domain digital dan ekosistem siber.
Ujarnya, Malaysia harus menelusuri cabaran era digital yang menuntut kesiapsiagaan terbaik daripada seluruh jentera kerajaan.
“Perihal ini menjadi keutamaan bukan sahaja di dalam negara tetapi turut mencakup ehwal yang lebih besar di peringkat global kerana alam siber dan komunikasi digital meresapi pelbagai aspek dalam kehidupan.
“Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara sepakat agar suatu Rang Undang-undang Keselamatan Siber digubal segera untuk memastikan segenap aspek perundangan yang berkaitan dapat dituntaskan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Baca artikel lain: DBKL akan tarik balik lesen perniagaan yang disalah guna – PM
Perdana Menteri berkata, Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah dipertanggungjawabkan menggembleng usaha merentas entiti kerajaan serta pihak industri di dalam hal ini.
Pada masa yang sama, katanya, fungsi tugas beberapa entiti teras berkaitan keselamatan siber akan diselaraskan bagi mengelakkan pertindihan dan memaksimakan kecekapan.
“Entiti dalam ekosistem siber akan terus mengekalkan kuasa yang membolehkan mereka melaksanakan fungsi masing-masing.
“RUU Keselamatan Siber akan memberi NACSA, MKN punca kuasa undang-undang yang jelas untuk mengawal selia dan menguatkuasakan undang-undang berkaitan keselamatan siber.
“Menambah baik keberkesanan fungsi-fungsi NACSA, MKN sejajar dengan hasrat yang termaktub dalam Arahan MKN No. 26 Pengurusan Keselamatan Siber Negara dan Strategi Keselamatan Siber Malaysia (Malaysia Cyber Security Strategy, MCSS),” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’ Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

