6 nyaris maut, Exora masuk paya elak lembu

Dari Penulis

ENAM lelaki nyaris maut apabila Proton Exora yang dinaiki menjunam ke dalam paya di Kampung Tembila, Besut selepas mengelak seekor lembu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan Azrol Anuar Nor berkata, kejadian berlaku pada pukul 8.30 pagi semalam.

Katanya, pengadu bersama anak dan empat orang rakan anaknya masing-masing berusia 20 hingga 25 tahun dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu.

“Sampai di Kampung Tembila, kereta yang dinaiki terbabas ke dalam paya ketika mengelak seekor lembu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, pemandu dan penumpang sempat menyelamatkan diri dengan keluar dari kenderaan dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat di bawah Peraturan 10, Kaedah – kaedah Lalulintas 1959.

Azrol Anuar berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kes Sarjan Mohammad Pilus di talain 013-961 8214.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This