Program Pride Kasih sedia kad kesihatan RM500 kepada rakyat Pahang

Dari Penulis

SEBANYAK RM20 juta diperuntukkan tahun ini bagi menjayakan Program Pride Kasih dengan pemberian kad kesihatan bernilai RM500 kepada 30,600 penerima seperti golongan warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) yang layak di negeri Pahang.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, program itu merupakan program kesinambungan tahun lalu setelah mengambil kira keberkesanan membantu warga emas mendapat rawatan di 70 klinik panel di seluruh Pahang, sepanjang tahun ini.

Katanya, inisiatif bantuan Kad Kesihatan Pahang Pride Kasih bernilai RM500 diberikan kepada penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bawah Skim Bantuan Warga Emas dan Bantuan OKU Tidak Bekerja (BTB) serta penerima daripada senarai permohonan dari Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri.

“Mereka diberi peluang untuk mendapatkan rawatan di klinik-klinik swata yang ditentukan kerajaan negeri Pahang. Jadi ini mereka tidak perlu pergi ke hospital kerajaan kerana hospital kerajaan ramai dan mengurangkan kesesakan di hospital. Saya berharap mereka dapat gunakan kad Pahang Pride kasih ini sebanyak RM500 ini dengan sebaik mungkin,” katanya.

BERITA BERKAITAN Kerajaan pertimbang perkenal semula Kad Diskaun Siswa – Salahuddin

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyampaikan bantuan Kad Kesihatan Warga Emas peringkat negeri Pahang di Dewan Tun Razak Temerloh, Temerloh hari ini.

Menurut beliau, jenis rawatan yang akan diberi melalui kad kesihatan ialah Perlindungan Rawatan Pesakit Luar (seperti demam, batuk, selesema dan sakit badan) dan Pemeriksaan Kesihatan Asas seperti Ujian Darah, selain pengambilan Vaksinasi dan ujian kendiri influenza dan COVID-19.

Kad Kesihatan Pahang Pride Kasih bagi tahun kedua setelah dilancarkan pada 18 Januari 2022 di
Daerah Rompin, tahun lalu.

Selain Warga Emas, kategori baharu yang mendapat manfaat daripada inisiatif ini adalah Orang Kurang Upaya (OKU) Tidak Bekerja yang berdaftar dengan JKM Negeri Pahang.

Pada tahun ini juga, Kerajaan Negeri memperkenalkan platform baharu kepada penerima kad kesihatan ini, iaitu Aplikasi Mudah Alih (‘Mobile App’) Pahang Pride Kasih.

Aplikasi ini adalah nilai tambah (‘add-on value’) yang disediakan oleh Kerajaan Negeri kepada sistem portal www.pahangpridecare.com sedia ada.

Melalui ‘Mobile App’ Pahang Pride Kasih ini, penerima boleh menyemak Senarai Klinik Panel, Rekod Rawatan, Jenis Ubatan, Baki Semasa Penggunaan Kad yang telah digunakan. Sekiranya penerima mempunyai kekangan untuk mengakses ‘Mobile App’ ini, waris atau penjaga boleh mendaftar ke akaun penerima.

Kad Kesihatan Pahang Pride Kasih ini merupakan salah satu inisiatif bantuan kebajikan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri dari hasil pendapatan Negeri yang dipulangkan secara terus kepada rakyat di bawah Program “KEBANGGAAN PAHANG” atau “PAHANG PRIDE”.

Terdapat lima lagi inisiatif bantuan melalui Program Kebanggaan Pahang (Pahang Pride) iaitu; Pahang Pride Kid, Pahang Pride Student, Pahang Pride Orang Asli, Pahang Pride Athlete dan Pahang Pride Achiever.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This