Bikers bertikam lidah dengan orang awam selepas parkir di kaki lima disaman polis

Dari Penulis

POLIS mengesahkan telah mengeluarkan tiga saman terhadap sekumpulan penunggang motosikal yang bertindak meletakkan kenderaan di kaki lima Jalan Majidi, Muar, semalam.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, pihaknya telah mengesan tiga buah video memaparkan kejadian penunggang motosikal berkuasa besar melakukan provokasi terhadap orang awam.

Katanya, dalam kejadian pukul 10.15 pagi, pihaknya menerima makluman berlaku pertelingkahan antara sekumpulan penunggang motosikal dengan orang awam di lokasi kejadian.

Beliau berkata, pihaknya telah ke tempat kejadian dan mendapati kejadian berlaku disebabkan tindakan sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi meletakkan kenderaan di kaki lima kedai.

“Pihak polis telah meleraikan pertelingkahan yang berlaku dan meminta kerjasama untuk mengalihkan kenderaan yang di parkir di kaki lima.

“Tiga saman 170A di atas kesalahan melakukan halangan telah dibuat ke atas pemilik motosikal terbabit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi di atas kejadian ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Mahfuz dakwa Onn Hafiz kaitkan istana dengan politik

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mahfuz Omar menegur tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengaitkan...

More Articles Like This