Tayar pecah punca treler terbabas dekat Gravit8, Pelabuhan Barat

Dari Penulis

SEORANG pemandu treler cedera selepas terbabas di susur Jalan Pelabuhan Barat menghala ke Gravit8, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, dalam kejadian pukul 4 petang itu, kemalangan dipercayai berpunca daripada tayar treler pecah sehingga menyebabkan pemandu hilang kawalan.

“Pemandu mengalami cedera di kaki dan telah dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Rahimah bagi menerima rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

Jelasnya, laporan polis belum dibuat dan tiada kesesakan jalan raya berlaku.

Sejak petang tadi tular beberapa rakaman video memaparkan sebuah lori kontena rosak teruk dan sebatang pokok tumbang dalam kemalangan tersebut.

Malah turut kelihatan seorang lelaki dipercayai pemandu treler diselamatkan orang ramai yang berada di lokasi kejadian.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This