POLIS kini memburu dua suspek yang terlibat dalam kejadian samun serta mencederakan seorang pekerja kedai 7-Eleven di Semenyih, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima makluman mengenai kejadian daripada mangsa seorang lelaki Melayu berusia 18 tahun pada pukul 7.43 pagi.
Beliau berkata, dalam kejadian pukul 5 pagi itu, mangsa yang sedang bekerja di premis berkenaan telah didatangi dua lelaki berbangsa India yang tidak dikenali mahu membeli minuman.
“Salah seorang daripada suspek telah mengambil tiga batang payung dan keluar dari premis tanpa membuat bayaran.
“Mangsa kemudian menegur perbuatan suspek sebelum berlaku pertengkaran mulut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, suspek kemudian masuk kembali ke dalam pemis dan menumbuk muka mangsa sebelum beredar meninggalkan premis.
Difahamkan salah seorang suspek sempat mengambil gambar swafoto bersama mangsa.
Tambahnya, mangsa telah menerima rawatan di hospital.
Mohd Zaid berkata, pihaknya kini mengesan suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kes Inspektor Nur Fatihah Awang di talian 011-25703695.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

