Malaysia Madani: Kembalikan daya saing global Malaysia

Dari Penulis

LAPORAN World Competitiveness Yearbook 2023 oleh IMD telah menaikkan penarafan daya saing global Malaysia, meningkat 5 anak tangga dari kedudukan 32 pada tahun 2022 ke 27.

Berbanding tahun 2022, satu petanda yang baik. Semoga peningkatan ini akan berterusan dan meletakkan semula Malaysia sebagai antara negara yang berdaya saing di dunia.

Malaysia pernah berada di kedudukan ke 10 di dunia pada tahun 2010. Kita berada di liga belasan sehingga tahun 2016. Kemudiannya mula menurun ke dua puluhan dan paling rendah tahun lepas iaitu di tangga ke 32. Trend menurun sebegini sangat membimbangkan, tindakan yang bersungguh-sungguh diperlukan bagi memulihkan daya saing negara.

Penarafan daya saing ini menjadi antara maklumat yang mendasari keputusan pelabur dalam menentukan lokasi pelaburan dan juga sumber yang berkualiti, termasuk aliran modal dan bakat. Negara yang berdaya saing menjadi pilihan utama pelabur dan juga bakat.

Penarafan daya saing global IMD menilai 4 kategori utama iaitu Prestasi Ekonomi, Kecekapan Kerajaan, Kecekapan Perniagaan dan Infrastruktur. Setiap satu dipecahkan lagi dengan 5 sub-kategori, menjadikan 20 ciri daya saing dinilai. Untuk tahun 2023, Malaysia mencatat kenaikan untuk setiap 4 kategori. Peningkatan dicatat dalam 15 sub-kategori dan 5 sub-kategori menurun berbanding 2022.

Di sebalik peningkatan daya saing 2023 berbanding tahun 2022, tren untuk kembali ke tahap terbaik yang pernah capai sebelum ini masih samar. Banyak lagi usaha yang diperlukan untuk Malaysia kembali ke liga belasan di dunia.

Terkini, dari 20 sub-kategori yang dinilai hanya 6 yang berada di kedudukan 20 terbaik dan 11 darinya berada ditangga 30 ke bawah. Simpulnya, untuk tahun 2023, walaupun kedudukan Malaysia meningkat dari tangga ke 32 ke tangga 27, Malaysia masih berada dalam julat penarafan yang rendah.

Baca artikel berkaitan: Malaysia Madani: Keyakinan Menteri Ekonomi

Sebagai contoh, untuk kategori Pendidikan dan Perundangan Perniagaan, kedudukan Malaysia sangat rendah, iaitu di tangga ke 45. Kedua-dua kategori ini adalah antara faktor utama dalam memastikan daya saing negara kukuh.

Kedudukan Malaysia dalam Kecekapan Perniagaan telah jatuh merudum berbanding sepuluh tahun yang lalu. Dalam tahun 2013, Malaysia berada di kedudukan ke 4 terbaik dengan Produktiviti dan Kecekapan (22), Pasaran Buruh (6), Kewangan (9), Amalan Pengurusan (4), dan Sikap dan Nilai (4).

Selepas 10 tahun, kini ditahun 2023, Kecekapan Perniagaan jatuh ke tangga ke 32 dengan Produktiviti dan Kecekapan (36), Pasaran Buruh (30), Kewangan (32), Amalan Pengurusan (31) dan Sikap dan Nilai (34)! Dimana silap kita? Mesti dikenalpasti dan ditangani segera.

Peningkatan kedudukan daya saing negara 2023 adalah satu petanda awal yang baik. Namun, belum masa untuk kita berpuas hati dan menjadikannya sebagai bukti kita telah berjaya. Penilaian yang lebih mendalam menyedarkan kita bahawa Malaysia masih berada dijulat daya saing global yang rendah.

Tindakan yang bersungguh, dengan kerangka tindakan, institusi, pelaksanaan dan sasaran yang jelas diperlukan. Apa yang ingin dicapai? Apakah tindakan yang diperlukan? Siapa yang akan melaksana? Siapa yang akan memantau dan melapor?

Semua kita mesti komited untuk bersama mengembalikan kekuatan daya saing global negara. Kita semua juga akan merasai manfaatnya. Membangun Malaysia Madani memerlukan semua kita bertindak bersama.

MINDA-UKM: Bersama Membangunkan Negara

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This