Mayat lelaki lengkap berpakaian ditemui dalam longkang

Dari Penulis

MAYAT seorang lelaki lengkap berpakaian ditemui terapung di dalam longkang besar dekat Mukim Batu, Batu 7 Jalan Rawang pada petang tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, pihaknya menerima makluman mengenai kejadian pada pukul 1.57 petang.

Beliau berkata, sepasukan anggota bomba, polis dan forensik telah hadir ke lokasi dan menemukan mayat seorang lelaki yang identitinya tidak dapat dikenal pasti.

“Siasatan mendapati tiada dokumen diri pada tubuh badan mayat dan sekitar kawasan terbabit.

“Mayat tersebut ditemui berbaju lengan panjang warna putih dan seluar jeans warna hitam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, pemeriksaan yang dilakukan oleh pasukan forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor dan Hospital Kuala Lumpur tidak menemui sebarang kecederaan pada tubuh badan mayat.

Katanya, tiada sebarang unsur jenayah dan mayat telah dihantar ke hospital bagi tujuan bedah siasat.

Kes kini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Shanonrizal Shamsudin ditalian 012-6900127.

Sementara itu Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.15 petang.

Katanya, sepasukan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang telah dikerahkan ke lokasi kejadian bagi membantu proses membawa naik mayat tersebut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Mahfuz dakwa Onn Hafiz kaitkan istana dengan politik

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mahfuz Omar menegur tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengaitkan...

More Articles Like This