Puluhan bomba bantu kebumi jenazah lelaki seberat 300kg

Dari Penulis

SEORANG lelaki dengan berat 300 kilogram meninggal dunia di Hospital Cipto Mangunkusumo, Jakarta akibat kegagalan fungsi beberapa organ pada pagi Khamis.

Menurut Suara.com, lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Fajri, 26 itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Awam Menteng Pulo, Jakarta pada sebelah petang.

Proses pengebumian dan kerja-kerja menurunkan jenazah ke liang lahad dibantu puluhan anggota bomba dari Basarnas, penduduk dan pegawai daripada agensi berkaitan.

Muhamad Fajri. GAMBAR: CNN Indonesia

Difahamkan, jenazah Fajri diangkat dengan menggunakan forklift dari ambulans ke tempat pengebumiannya.

Menerusi perkongsian bomba Basarnas di Instagram, mereka mengalami kesukaran ketika menurunkan jenazah ke dalam liang lahad.

Bagi memudahkan proses pengebumian, pihak bomba telah menggunakan kaedah takal bagi menurunkan jenazah Fajri.

Pengebumian ini juga turut disaksikan oleh ibu kepada Fajri yang menahan pilu melihat jenazah anaknya buat kali terakhir.

Sebelum ini media tempatan melaporkan Fajri tular di media sosial apabila anggota bomba terpaksa menggunakan trak forklift dan merobohkan tembok kediamannya bagi membantu membawa ke hospital.

Difahamkan, berat badan Fajri naik mendadak selepas mengalami kemalangan dan membuatkan dirinya hanya mampu terbaring.

Malah kaki kanan pemuda berasal dari Kota Tangerang itu tidak dapat digerakkan selepas terlibat dalam kemalangan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar menghadap TMJ dalam suasana mesra, harmoni

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara, hari ini. Menurut...

More Articles Like This