Zulinda, wanita pertama berpangkat Laksama Pertama Maritim di negara ini

Dari Penulis

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melakar sejarah sejak penubuhannya apabila seorang pegawai kanan iaitu Kepten Maritim Zulinda Haji Ramly menjadi wanita pertama yang dinaikkan pangkat sebagai Laksamana Pertama Maritim hari ini.

Zulinda, 46, merupakan antara sembilan pegawai Maritim Malaysia yang dinaikkan pangkat dalam satu majlis yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia selaku pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim.

Memegang banyak portfolio yang melibatkan operasi, antara kejayaan yang dikecapi beliau adalah mengetuai pelbagai operasi khas yang melibatkan jenayah rentas sempadan, mengkoordinasikan operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) untuk negeri-negeri di utara semenanjung tanah air.

Beliau juga juga bertindak sebagai Ketua Gugus Tugas Operasi Benteng (KGT 24.1) dalam menangani kemasukkan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) semasa pandemik COVID-19, kata Maritim Malaysia dalam satu kenyataan hari ini.

Ibu kepada empat cahaya mata ini merupakan bekas Pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sebelum ditukar lantik ke dalam Maritim Malaysia pada 15 Oktober 2008 dan memiliki Diploma Pengurusan Teknologi (Pengangkutan PertahananMaritim) dari Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 1998.

Selain Zulinda, Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah PersekutuanLabuan, Laksamana Muda Maritim Datuk Mohd Rosli bin Abdullah turut dinaikkan pangkat daripada Laksamana Pertama Maritim kepada Laksamana Muda Maritim.

Manakala empat lagi pegawai kanan telah dinaikkan pangkat daripada Kepten Maritimk epada Laksamana Pertama Maritim dan tiga Leftenan Komander Maritim dinaikkan pangkat kepada Komander Maritim.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan kekal iktiraf kedudukan Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

KERAJAAN Persekutuan kekal mengiktiraf kedudukan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang sah. Mengulas mengenai perkembangan...

More Articles Like This