Kata sepakat dicapai antara Moscow, Ketua Wagner – Media Rusia

Dari Penulis

MOSCOW dan Yevgeny Prigozhin, ketua kumpulan tentera swasta Wagner, mencapai kata sepakat hasil pengantaraan Presiden Belarus Alexander Lukashenko lewat Sabtu, Xinhua memetik laporan agensi berita RIA Novosti.

Prigozhin telah menerima cadangan Lukashenko untuk menghentikan kemaraan tentera upahan Wagner dan meredakan ketegangan, menurut laporan itu.

Pada pagi Sabtu, Putin memaklumkan rakan sejawatannya dari Belarus mengenai situasi di Rusia mengenai kumpulan Wagner.

“Presiden Belarus mengadakan perbincangan dengan Yevgeny Prigozhin… . Mereka mencapai persetujuan bahawa pertumpahan darah beramai-ramai di wilayah Rusia tidak boleh diterima,” perkhidmatan akhbar presiden Belarus itu dipetik sebagai berkata.

Pejuang Wagner kemudiannya meninggalkan wilayah Rostov di selatan Rusia dan menuju ke kem lapangan mereka, lapor agensi berita TASS Rusia.

Baca artikel berkaitan: Pemberontakan Wagner: Wisma Putra pantau situasi di Rusia

Kes jenayah terhadap Prigozhin akan digugurkan, dan beliau akan pergi ke Belarus, jurucakap Kremlin Dmitry Peskov memberitahu pemberita pada lewat Sabtu, tanpa mendedahkan apa yang akan dilakukan Prigozhin di Belarus.

Lukashenko telah mengenali secara peribadi dengan Prigozhin selama kira-kira 20 tahun dan “ini adalah cadangan peribadinya yang dipersetujui Putin.

“Terdapat matlamat yang lebih penting untuk mengelakkan pertumpahan darah, untuk mengelakkan konfrontasi dalaman, untuk mengelakkan pertembungan dengan keputusan yang tidak dapat dijangka. Demi matlamat ini usaha pengantaraan Lukashenko dibuat, dan Presiden Putin membuat keputusan yang sesuai,” kata jurucakap itu.

Pertelingkahan dengan kumpulan Wagner tidak akan menjejaskan operasi ketenteraan khas Rusia di Ukraine.

— BERNAMA-XINHUA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Akses portal 2 Ahli Parlimen PKR disekat kerana pilih gerakan menentang kerajaan

PKR menegaskan tindakan menyekat akses portal MyKhas untuk dua Ahli Parlimennya adalah kerana mereka memilih untuk bersama dengan gerakan...

More Articles Like This