Rahsia herba gurun orang Badwi, remedi pengikat tiga benua

Dari Penulis

JORDAN merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat, bersempadan dengan Iraq, Syria, Palestin, Tebing Barat dan Arab Saudi. Ia juga terkenal dengan jolokan bumi anbiya’ kerana banyak catatan sejarah nabi-nabi dan kisah-kisah yang disebut dalam al-Quran ada di tanah ini.

Terletak di persimpangan tiga benua iaitu Asia, Afrika dan Eropah, Jordan telah didiami sejak zaman Paleolitik. Pelbagai tamadun pernah tumbuh dan runtuh di sini. Tanah yang menyimpan rahsia Babylon, Arom, Kaldia (Chaldee) merupakan sebahagian dataran subur lembah Jordan kini. Ia telah menjadi rebutan sejak lebih 5,000 tahun lalu. Pelbagai siri perang tamadun terdahulu hinggalah kini menyaksikan tanah ini begitu penting sekali pada sejarah manusia.

Jordan juga adalah negara separa gersang. Salah satu etnik yang menghuni padang pasir di sini ialah masyakat Badwi. Golongan ini menyimpan seribu satu rahsia kehidupan di tanah tandus.

Tahukah anda, wanita dalam masyarakat Badwi adalah perawat dan orang yang bertanggungjawab berkaitan penjagaan kesihatan seluruh ahli keluarganya. Mereka sangat mahir dan hebat dalam menyediakan ramuan remedi yang terdiri daripada herba gurun. Mereka juga pandai dalam mengenal pasti herba-herba yang terdapat di gurun.

Wanita Badwi orang yang bertanggungjawab menjaga kesihatan ahli keluarganya hanya menggunakan herba gurun.

Jordan merupakan sebuah negara kecil yang mempunyai pelbagai tumbuhan liar. Keadaan ini berikutan faktor geografi dengan iklim istimewa. Dianggarkan, lebih daripada 2,000 spesies tumbuhan dengan 700 genus boleh ditemui sepanjang negara ini.

Daripada jumlah itu, 49 keluarga tumbuhan ini telah dikenal pasti sebagai herba gurun yang terdiri daripada 120 spesies tumbuhan pelbagai bentuk yang digunakan secara tradisi oleh masyarakat badwi.

Pengkaji geografi melabelkan iklimnya sebagai sesuatu yang istimewa kerana faktor kedudukan Jordan di titik tengah tiga benua iaitu Eropah, Asia dan Afrika. Justeru, iklim di sini banyak dipengaruhi cuaca Mediteranean yang membentuk iklim Jordan dengan hawa musim panas yang kering dan musim sejuk yang basah. Keseragaman ini menjadikan tanahnya subur dan terkenal dengan jolokan ladang makanan Timur Tengah. 

Jika berkunjung ke Tafilah, kawasan ini bukan tumpuan pelancongan namun amat menarik jika mau mendalami kehidupan masyarakat badwi. Bandar ini merupakan kawasan tinggalan tamadun lama. Di sini, beberapa kesan arkeologi peninggalan kaum Nabaten boleh ditemui selain tempat utama kaum ini di Petra.

Tafilah, salah satu lokasi masyarakat Badwi.
Orang Badwi telah menggunakan herba-herba gurun sejak zaman dahulu dalam kehidupan mereka.

Pada tahun 1984, sekumpulan pengkaji arkeologi daripada University of Arizona menemui peralatan batu yang dianggarkan berusia 90 ribu tahun di gua Ain Defla dan Hessa. Penemuan itu menjelaskan, bagaimana puak Nabaten yang berhijrah dari selatan ke utara Semenanjung Arab mendiami kawasan ini sebelum mereka membina Petra.

Tamadun silih berganti ini boleh dilihat pada kota lama tinggalan masyarakat Edom di Busaira selain puing-puing runtuhan kota yang dibina empayar Rom timur. Semua kesan tinggalan ini wujud adalah disebabkan kedudukan strategik kawasan yang menjadi penyambung tiga benua. Ini juga salah satu faktor bagaimana pengetahuan tentang herba gurun telah diwarisi sejak beribu tahun lalu.

Di wilayah Tafilah, masih ada kelompok Badwi yang menggunakan herba-herba gurun sebagai remedi untuk menjaga kesihatan mereka. Kebiasaannya, dalam sesebuah keluarga, mereka akan mempunyai 24 jenis herba.  

Nama-nama seperti Faqos el hamir, Halabloob, Teen, Shomaer, A’kub, Ar’ar, Hab bal Rashad, Awsaj, Hobazeh, babonej, Habaq, Nana, Duphla, Habit el-baraka, Zaiton, Rijel el hammame, harmal, bagdoones, Butum, Bakleh, Rumman, Baloot, Hasa alban, Meriami dan Billan merupakan benda asas yang selalu digunakan di sini.

Herba gurun antara remedi berzaman yang diamalkan oleh orang Badwi meretasi tiga benua sejak zaman dahulu.
Petra, salah satu tinggalan sejarah yang popular di Jordan.

_______

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

FacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Bila nasihat tidak dihiraukan… Ayah sanggup tanam patung di kubur demi anak

“Aku cuma nak anak aku balik…” Itu luahan seorang ayah yang akhirnya menyesal seumur hidup selepas memilih jalan salah demi...

More Articles Like This