Ahmad Samsuri menghadap Sultan Terengganu mohon perkenan bubar DUN

Dari Penulis

MENTERI Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menghadap Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin pagi ini, bagi memohon perkenan tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ahmad Samsuri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Terengganu tiba di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu pada 8.38 pagi untuk sesi menghadap berkenaan.

Beliau sempat membuka cermin kereta dan melambai tangan ke arah pengamal media yang berkumpul di luar istana.

Dijangka tiada sidang media khas mengenai pengumuman tarikh pembubaran DUN hari ini, sebaliknya menteri besar hanya akan mengeluarkan kenyataan bertulis setelah selesai sesi menghadap.

Baca artikel berkaitan: Ahmad Samsuri menghadap Sultan Terengganu esok, mohon bubar DUN

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU), PAS mengambil alih pentadbiran kerajaan Terengganu daripada Barisan Nasional (BN) selepas memenangi 22 daripada 32 kerusi DUN, manakala BN hanya memperoleh 10 kerusi.

Tempoh mandat bagi DUN Terengganu akan berakhir pada 30 Jun ini.

Terengganu antara enam negeri yang akan mengadakan PRN pada tahun ini selain Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah.

DUN Kelantan dibubarkan pada 22 Jun manakala DUN Selangor sehari selepas itu.

DUN Kedah dan Pulau Pinang masing-masing akan dibubarkan esok manakala DUN Negeri Sembilan dijangka dibubarkan pada 30 Jun.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This