SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menasihatkan orang ramai supaya tidak memuat turun aplikasi hasad ‘Pink WhatsApp’ yang tular.
Sehubungan itu, MCMC dalam kenyataan turut menggesa orang ramai berwaspada apabila menerima jemputan untuk menyertai atau memuat turun aplikasi berkenaan.
Menurut MCMC, ‘Pink WhatsApp’ kononnya menawarkan ciri keselamatan serta privasi lebih baik, antaramuka yang boleh diubah suai serta keupayaan menghantar fail lebih besar berbanding aplikasi WhatsApp biasa.
Bagaimanapun, suruhanjaya itu berkata, selepas dimuat turun, aplikasi berkenaan boleh mengakses pelbagai item dalam telefon pintar pengguna.
“Ia termasuk gambar, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan senarai kenalan yang boleh membawa kepada risiko keselamatan yang serius.
“Pengguna juga akan menerima mesej dan pautan seolah-olah datang daripada WhatsApp yang mengajak untuk mencuba aplikasi baharu tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan: MCMC ambil tindakan perundangan terhadap syarikat induk Facebook
Justeru, MCMC menggesa pengguna untuk segera membuang aplikasi berkenaan sekiranya telah dipasang dalam telefon pintar mereka.
Suruhanjaya itu juga mengesyorkan supaya pengguna hanya memuat turun aplikasi mudah alih daripada gedung aplikasi rasmi seperti Apple App Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery.
Pada masa sama, pengguna juga diminta untuk tidak menyebarluaskan sebarang pautan yang mencurigakan.
“MCMC ingin menekankan kepentingan untuk berhati-hati ketika menggunakan aplikasi mudah alih, mengambil langkah-langkah pencegahan untuk melindungi maklumat peribadi serta mengelak daripada memuat turun aplikasi hasad.
“Pengguna adalah disarankan untuk kekal berwaspada dan melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan berkaitan ‘Pink WhatsApp’ kepada portal aduan MCMC di pautan https://aduan.mcmc.gov.my/#/public/main atau talian hotline Aduan di 1800-
188-030,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

