PM adakan pertemuan dengan pemimpin pertubuhan Islam Laos

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan agenda lawatan rasmi dua hari beliau ke Laos dengan mengadakan perjumpaan dengan beberapa pemimpin pertubuhan Islam di negara itu, malam tadi.

Anwar yang tiba di ibu negara Laos petang semalam, bertemu dengan penasihat eksekutif Persatuan Mempromosikan Perpaduan Zakkir Malimar serta naib presiden Pertubuhan Islam Laos, Imam Sofi Sengsone dan naib presiden pertubuhan itu Med Komphavong, di sebuah hotel di Vientiane.

Turut hadir pembantu naib presiden pertubuhan itu, Azizullah Khan Thamahaksa.

Sesi yang bermula pukul 8.10 malam itu berlangsung selama kira-kira 40 minit dengan perbincangan berkisar kepada isu-isu Ummah.

Zakkir ketika ditemui selepas mesyuarat tertutup itu berkata antara yang dibincangkan adalah mengenai terjemahan al-Quran ke dalam bahasa Lao, pendidikan untuk kanak-kanak Islam Laos, pertukaran ilmu dan budaya.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana sudi datang ke Laos. Kami amat berbangga dengan kesudian seorang pemimpin peringkat tinggi untuk berjumpa dengan kami.

“Alhamdulillah, ini adalah kali pertama kami menerima maklum balas positif daripada mana-mana negara Islam. Kami amat berbangga dengan kehadiran Perdana Menteri (Malaysia) di sini,” katanya kepada media Malaysia.

Baca artikel berkaitan: PM tiba di Vientiane untuk lawatan rasmi 2 hari

Sementara itu Azizullah berkata Anwar sangat berminat dan positif untuk mengetahui lebih lanjut mengenai masyarakat dan organisasi Islam di Laos.

“Beliau bertanya kepada kami mengenai keadaan kami di sini. Beliau juga bertanya sekiranya terdapat terjemahan al-Quran di sini, dan dia berhasrat untuk membantu walaupun sebelum kami meminta sebarang bantuan,” katanya.

Turut hadir dalam perjumpaan itu ialah Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Duta Besar Malaysia ke Laos Edi Irwan Mahmud.

Anwar sedang dalam lawatan rasmi dua hari ke Laos mulai hari ini, yang merupakan lawatan pertama beliau ke negara anggota ASEAN itu selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 24 Nov tahun lepas.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Bersatu persoal mesyuarat PN diteruskan ketika semakan JPPM belum selesai

BERSATU mempertikaikan tindakan Perikatan Nasional (PN) meneruskan Mesyuarat Majlis Tertinggi Tergempar gabungan itu walaupun Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)...

More Articles Like This