PM tiba di Vientiane untuk lawatan rasmi 2 hari

Dari Penulis

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Laos hari ini untuk lawatan rasmi dua hari bagi mengukuhkan hubungan dua hala dan kerjasam ekonomi dengan negara anggota ASEAN.

Lawatan sulung Anwar sebagai Perdana Menteri ke negara yang akan menjadi Pengerusi ASEAN tahun depan itu adalah atas jemputan rakan sejawatannya dari Laos, Dr Sonexay Siphandone.

Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri dan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Wattay pada pukul 5.50 petang waktu tempatan (6.50 petang di Malaysia).

Ketibaan beliau disambut oleh Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri di Pejabat Perdana Menteri Laos Alounxay Sounnalath dan Timbalan Menteri Luar Negeri Laos Phoxay Khaykhamphithoune.

Perdana Menteri dijadual mengadakan perjumpaan dengan pemimpin pertubuhan Islam di negara ini bagi membincangkan isu Ummah, di sebuah hotel malam ini.

Pada hari kedua beliau di sini (Selasa), satu pertemuan dua hala dengan Siphandone dijadualkan di Pejabat Perdana Menteri Laos itu, yang didahului dengan upacara sambutan rasmi menyaksikan lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan, sebelum pemeriksaan kawalan kehormat oleh Anwar, diiringi oleh Siphandone.

Baca artikel lain: Penyalahgunaan kuasa veto di PBB masalah paling besar

Anwar dan Siphandone kemudian akan menyaksikan majlis menandatangani memorandum kerjasama (MoC) antara Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan Lao National Railway State Enterprise (LNRSE), serta Mutiara Perlis Sdn Bhd (MPSB) dan Thanaleng Dry Port (TDP).

Kedua-dua pemimpin juga akan menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman (MoU) antara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Electricite du Lao (EDL).

Mereka kemudiannya akan mengadakan sidang media bersama sebelum ke jamuan tengah hari rasmi yang dihoskan oleh Siphandone, diikuti dengan kunjungan hormat Anwar ke atas Presiden Laos Dr Thongloun Sisoulith di Istana Presiden.

Selepas itu, Anwar dijadual menghadiri sesi minum petang bersama dengan diaspora Malaysia di Kedutaan Malaysia di sini, dan beliau juga akan merasmikan bangunan Kedutaan berkenaan.

Kira-kira 230 rakyat Malaysia di Laos dijangka menghadiri perjumpaan itu, kebanyakannya terdiri daripada kumpulan profesional dan ahli perniagaan.

Anwar kemudian akan mengadakan sidang media bersama dengan media Malaysia sebelum melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Dewan Negara Laos Dr Xaysomphone Phomvihane di bangunan Dewan Negara sebelum mengahkiri lawatan rasmi dua hari beliau di sini.

Jumlah perdagangan antara Malaysia dan Laos melonjak 425 peratus daripada AS$48.7 juta (RM202.5 juta) pada 2021 kepada AS$255.6 juta (RM1.13 bilion) pada 2022, dengan peratus paling tinggi disumbangkan menerusi peningkatan dalam permintaan bagi produk elektronik Malaysia.

Malaysia merupakan penyumbang pelaburan langsung asing (FDI) keempat terbesar Laos tahun lepas selepas China, Thailand dan Vietnam, terutamanya dalam sektor tenaga, zon perdagangan bebas, automotif dan sektor perbankan.

Malaysia dan Laos telah menjalinkan hubungan diplomatik sejak 1 Julai 1966.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua lelaki rakyat Malaysia cedera terkena letupan bom di Tak Bai

DUA lelaki warga Malaysia dilaporkan cedera selepas terkena letupan bom dalam satu kejadian di Lebuhraya 42, Kampung Phrai Wan,...

More Articles Like This