Pemandu langgar lari empat kenderaan serah diri

Dari Penulis

SEORANG pemandu yang bertindak melarikan diri selepas melanggar empat buah kenderaan telah menyerah diri Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah, 1 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, pihaknya menerima makluman mengenai kejadian menerusi rakaman video tular di laman Twitter pada pagi tadi.

Siasatan mendapati kejadian berlaku di Jalan Perniagaan Bukit Tengah, Pulau Pinang pada 6.30 petang semalam.

“Suspek iaitu seorang lelaki warga tempatan berusia 50-an telah keluar dari simpang tiga sebelum melanggar tiga buah kenderaan.

“Suspek kemudian mengundur kereta sebelum melanggar sebuah lagi kenderaan yang diletakkan di bahu jalan dan melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, kesemua mangsa yang terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan.

Cheng San berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This