Polis siasat Kancil merah pandu lawan arus di Batu 6

Dari Penulis

POLIS kini menyiasat kejadian sebuah Perodua Kancil berwarna merah memandu melawan arus di Batu 6, Jalan Gombak menghala ke Greenwood, Selangor.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, pihaknya mengesan kejadian terbabit menerusi sebuah video tular di media sosial pada pukul 3 petang tadi.

Beliau berkata, siasatan mendapati pemilik akaun media sosial tersebut merupakan seorang lelaki warga tempatan berumur 20 tahun.

“Pemuda terbabit memberitahu telah memuat turun video tersebut daripada akaun media sosial lain sebelum memuat naik di media sosialnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 48 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Mohd Shaifuddin Mohd Nor di talian 017-6645812 atau 03-61262222.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This