MANGSA penipuan badal haji dinasihatkan membuat laporan polis, ini kerana kes berkenaan masih berlaku apabila tiba musim haji.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, sudah banyak peringatan diberikan agar berhati-hati dengan penipuan berkenaan namun masih ada yang menjadi mangsa.
Katanya lagi, rakyat Malaysia secara umum terkenal dengan ‘lembut hati’ dan mudah mempercayai orang lain, terutama apabila membabitkan urusan ibadah antara punca kes berkenaan masih berlaku.
“Sekali lagi diingatkan supaya selidik terlebih dahulu sebelum mengambil perkhidmatan badal haji ditawarkan individu atau syarikat yang tidak dilesenkan Lembaga Tabung Haji (TH).
“Jika bukan ditawarkan syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang dilesenkan TH, mereka perlu siasat betul-betul supaya tidak tertipu. Kita tidak mahu badal haji menjadi ‘bedal haji’,” katanya seperti dilapor Berita Harian.
Baca artikel lain: 3 minggu selepas DUN bubar masa sesuai untuk penamaan calon – Chow
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu badal haji yang tular dalam media sosial, pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Pusat Rawatan TH di Makkah, malam tadi.
Ia susulan pendedahan video berdurasi 51 saat di Facebook pada Rabu yang memaparkan mengenai tindakan sekumpulan lelaki yang menggunakan khidmat ‘pelakon’ untuk menunjukkan bukti bahawa badal haji telah dilaksanakan.
Helaian kertas kononnya sebagai bukti ibadah itu dilakukan turut kelihatan bersepah di sekitar kawasan Jabal Rahmah, Makkah dibuang oleh kumpulan terbabit dengan tertera nama dari pelbagai negara termasuklah Malaysia.
Badal haji atau ganti haji bermaksud seseorang yang telah melakukan haji untuk dirinya boleh melaksanakan haji untuk orang lain sama ada yang telah meninggal dunia atau sakit yang tiada harapan sembuh untuk melakukan ibadah haji.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

