SETIAUSAHA Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd, Akin menafikan Zaki Yamani, individu yang mengulas mengenai keadaan kesihatan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang, mempunyai kaitan rasmi dengannya.
Selain itu, beliau juga menggesa sebuah portal berita untuk menarik balik dakwaan mengenai kaitan individu tersebut dengannya dan institusi Pejabat Perdana Menteri secara keseluruhannya.

“Meskipun beliau pernah berkhidmat selaku Setiausaha Angkatan Muda (AMK) PKR sewaktu saya memimpin AMK pada tahun 2007 yang lampau, itu tidak membawa sebarang perkaitan atau makna pada masa kini dalam mana-mana kapasiti rasmi.
“Oleh itu, dakwaan mengenai perkaitan itu adalah sangat tidak wajar untuk dipolemikkan tanpa asas yang jelas,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook miliknya hari ini.
Semalam, portal berkenaan melaporkan Zaki selaku individu yang pernah bertugas sebagai pembantu kepada Shamsul, melalui Twitter mendoakan agar nyawa Hadi diambil supaya “kerosakan” dibuat dapat dihentikan, selepas situasi kesihatannya disebar di media sosial.
BERITA BERKAITAN Abdul Hadi perlukan rehat, keadaan stabil
Shamsul Iskandar berkata, atas kapasiti sebagai petugas di Pejabat Perdana Menteri, beliau telah berhubung dengan keluarga Abdul Hadi melalui anakandanya sebaik sahaja mengetahui mengenai berita keadaan kesihatan pemimpin PAS itu.
“Syukur Alhamdulillah, komunikasi terjalin baik di samping kami turut diberi perkembangan terkini tentang kesihatan Tan Sri. Mewakili YAB Perdana Menteri dan Pejabat Perdana Menteri, kami mendoakan keafiatan Tan Sri dan berharap agar ruang berziarah dapat diadakan seusai beliau kembali stabil kelak,” tambahnya.
Katanya, berita itu turut diberi perhatian oleh Anwar Ibrahim melalui ciapan beliau yang memberi gambaran betapa Perdana Menteri begitu berjiwa besar.
Anwar sebelum ini menyatakan kekesalan terhadap kenyataan Zaki dan mengarahkan dia memohon maaf atas hantarannya yang dianggap biadap.
“Saya membantah dan kesal dengan ciapan biadab Zaki Yamani dan mengarahkan beliau untuk memohon maaf dengan kadar segera,” tulis beliau dalam Twitter miliknya.
Terdahulu, Hadi dimasukkan ke hospital bagi menjalani rawatan dan pemantauan doktor.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

