SEORANG penunggang motosikal disaman selepas aksinya menunggang melawan arus di daerah Kuala Langat, tular di laman sosial.
Menurut kenyataan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Daerah Kuala Langat, sepasukan dua anggota polis telah pergi ke kediaman penunggang yang beralamat dalam sistem polis.
“Penunggang telah disaman dengan pelbagai kesalahan.
“Nasihat juga telah diberikan ke atas penunggang dan pembonceng motosikal terbabit,” kata kenyataan itu.
Sebelum itu, tular sebuah video di laman Facebook memaparkan aksi penunggang dan pembonceng motosikal menunggang melawan arus dan tidak memakai topi keledar.
Malah, penunggang motosikal itu juga telah bertindak menunjukkan jari tengah kepada pengguna jalan raya lain.
Aksi tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen kerana sikap penunggang yang pentingkan diri.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

