Tun M terima kunjungan Azmin, ajak Melayu bersatu lawan musuh

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengajak orang Melayu untuk bersatu melawan musuh yang mempunyai agenda tersirat.

Perkara tersebut dinyatakan bekas Ahli Parlimen Langkawi itu kepada Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam hantaran di media sosial.

Mohamed Azmin dan isteri, Datin Seri Shamsidar Taharin menziarahi Dr Mahathir dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali di kediaman bekas Perdana Menteri itu, semalam.

Menurut Mohamed Azmin, Dr Mahathir telah memberi pandangan mengenai situasi politik semasa di tanah air.

“Terima kasih Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah yang sudi menerima serta meraikan kami dalam jamuan teh sempena Hari Raya Aidiladha, petang ini.

“Lebih satu jam saya dan Shamsidar dirai mesra dengan pelbagai juadah raya – ketupat, nasi impit, rendang ayam, rojak buah, bihun tauchu, pengat pisang dan minuman leng chee kang.

“Selain isu ekonomi dan kos sara hidup, Tun secara tuntas mengajak umat Melayu untuk bersatu melawan musuh yang mempunyai agenda tersirat,” katanya dalam hantaran tersebut.

Baca artikel berkaitan: ‘Walaupun tanpa KJ, PN boleh menang PRN 6 negeri’

Mengulas lanjut, Mohamed Azmin yang juga Pengerusi PN Selangor memaklumkan, Dr Mahathir turut menceritakan hasil lawatan kerja beliau ke United Kingdom (UK), Turkiye dan Bosnia Herzegovina, baru-baru ini.

Katanya, jadual Dr Mahathir padat dengan pertemuan dan perbincangan yang terkait isu geopolitik, ekonomi dan cabaran global.

Mohamed Azmin berkata, sambutan hebat kepada Dr Mahathir ketika lawatan itu membuktikan dunia masih menghormati pandangannya dalam pelbagai cabaran masyarakat dunia hari ini.

“Presiden Recep Tayyip Erdogan dan isteri, Emine Erdogan memberikan penghormatan istimewa kepada Tun dan Tun Dr Siti Hasmah dalam pertemuan di Ankara.

“Turkiye telah meminta nasihat Tun dan ingin bekerjasama untuk menjayakan Istanbul Summit berdasarkan pengalaman dan kejayaan Tun memimpin KL Summit,” jelas beliau.

Sementara itu, Mohamed Azmin turut mendoakan kesejahteraan buat Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah.

“Kami juga sempat bertanya khabar mengenai keluarga dan cucu masing-masing.

“Alhamdulillah minggu depan Tun akan menyambut ulang tahun kelahiran ke-98 dan Tun Dr Siti Hasmah ke-97.

“Syukur Allah SWT mengurniakan nikmat kesihatan kepada Tun berdua dan moga mereka akan terus dilindungi dan dirahmati Allah SWT,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pelajar Tingkatan 1 kritikal, terjatuh dari bangunan sekolah

SEORANG pelajar Tingkatan 1 dilapor berada dalam keadaan kritikal selepas dipercayai terjatuh dari bangunan sebuah sekolah menengah di Ipoh,...

More Articles Like This