PRN: Jumlah pengundi DUN Paya Jaras meningkat mendadak

Dari Penulis

JUMLAH pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Jaras meningkat kepada 73,000 orang berbanding 50,000 pada pilihan raya umum yang lalu.

ADUN kawasan tersebut, Mohd Khairuddin Othman berkata, peningkatan itu susulan daripada daftar pemilih yang dilakukan secara automatik pada tahun lalu.

Jelas beliau, hampir 40 peratus pengundi DUN Paya Jaras berusia antara 18 hingga 40 tahun.

“Daftar pemilih secara automatik ini menyebabkan peningkatan pengundi yang amat signifikan di DUN Paya Jaras, namun berdasarkan trend semasa, kita yakin dapat mempertahankan negeri Selangor, termasuk DUN Paya Jaras.

Baca artikel lain: Demi Melayu! UMNO Johor hasrat adakan konvensyen selepas PRN

“Jentera pilihan raya daripada PH dan BN telah digerakkan untuk mempertahankan penguasaan pentadbiran di Selangor,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Beliau berkata, pertambahan pengundi muda adalah perkara biasa yang bukan hanya berlaku di Paya Jaras sebaliknya di semua kawasan.

“Menjadi cabaran kita adalah sejauh mana mereka dapat maklumat yang tepat dan tidak terpesong dengan dakyah perkauman yang melampau.

“Bagaimanapun, PH optimis sokongan pengundi di Selangor berdasarkan rekod baik kerajaan negeri dan hubungan baik kita dengan rakyat,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Isu pemain naturalisasi: FAM sedang perkukuh aspek tadbir urus

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) sedang memperkukuh aspek tadbir urus, bertujuan untuk meningkatkan lagi tahap integriti dan kredibiliti bola sepak...

More Articles Like This