Bekas MP Kalabakan, Ghapur Salleh meninggal dunia

Dari Penulis

BEKAS Ahli Parlimen Kalabakan dan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Salleh meninggal dunia pada usia 80 tahun tengah malam ini.

Beliau yang juga bekas Ketua UMNO Kalabakan meninggal dunia pada pukul 12.07 tengah malam, lapor Berita Harian memetik Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Menurutnya, berita mengenai pemergian Abdul Ghapur diterima daripada anak lelaki arwah, Salleh, menerusi aplikasi Whatsapp.

“Beliau baru saja meninggal dunia baru tadi. Mohon doa semoga arwah ayahanda saya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman,”.

Nizam turut mengesahkan menerima maklumat mengenai pemergian Abdul Ghapur menerusi Whatsapp daripada bekas Ketua Wanita UMNO Kalabakan, Datuk Hamisah Samat, sejurus selepas itu.

‘Pergi nya seorang pemimpin dan pejuang tanah air yang banyak berjasa kepada agama bangsa dan negara..

Datuk hj Abdul Ghapur hj Salleh..menghembus nafas nya yang terakhir tepat pukul 12.07 minit malam..Alfatiha’

Abdul Ghapur merupakan ahli politik veteran Sabah yang memulakan karier politiknya awal tahun 70-an dengan menyertai Parti Berjaya yang diterajui oleh Ketua Menteri ketika itu, Datuk Harris Salleh.

Atas tiket Berjaya, Ghapur pertama kali dipilih untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merotai, Tawau, pada pilihan raya tahun 1976, tetapi tewas kepada calon USNO.

Bagaimanapun beliau berjaya memenangi kerusi DUN Merotai pada pilihan raya 1981 yang kemudiannya dipertahankan pada 1985 atas tiket Barisan Nasional (BN).

Pada pilihan raya umum 1999, Ghapur memenangi kerusi DUN Kalabakan dan dipilih semula menganggotai barisan Kabinet Negeri sebagai Menteri di Jabatan Ketua Menteri.

Beliau pernah menjawat jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah antara 1995 hingga 1997.

Abdul Ghapur menjadi ahli Parlimen Kalabakan sejak 2004 sehingga 2018 atas tiket BN namun kalah dalam cubaannya mempertahankan kerusi itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kementerian Komunikasi buka dua pusat media

KEMENTERIAN Komunikasi membuka dua pusat media sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 bagi memudahkan urusan liputan dan penyebaran...

More Articles Like This