Dakwaan rasuah: Imigresen serah penuh siasatan pada SPRM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

JABATAN Imigresen menyerahkan sepenuhnya siasatan berhubung dakwaan segelintir kakitangannya terlibat dengan amalan rasuah dan pelanggaran integriti kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, pihaknya sentiasa berhubung, berbincang dan berkongsi maklumat dengan SPRM.

Katanya, ia bagi membantu proses siasatan dengan lebih telus tanpa sebarang gangguan daripada pihak luar.

Ruslin turut menegaskan, Jabatan Imigresen dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai yang didapati terlibat dengan salah laku rasuah.

“Sama ada yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) atau mana-mana pejabat Imigresen di seluruh negara.

“Jika terdapat pegawai Imigresen yang didapati bersalah, jabatan ini tidak akan melindungi pegawai tersebut serta akan mengambil tindakan di peringkat jabatan berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada.

“Jabatan Imigresen komited dalam menambah baik prosedur operasi standard (SOP) untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan pelawat asing yang memasuki Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing dilaporkan telah memberi keterangan kepada SPRM susulan dakwaan berlaku rasuah di KLIA.

Selain King Sing, dua saksi utama warga China turut diambil keterangan bagi membantu siasatan.

Baca artikel berkaitan: Dakwaan rasuah KLIA: King Sing sudah beri keterangan kepada SPRM

Menurut sumber, beberapa pegawai Jabatan Imigresen Malaysia juga dijangka dipanggil untuk memberi keterangan hari ini.

Pada masa sama, SPRM turut mengenal pasti seorang individu yang disyaki menjadi orang tengah dalam urusan ‘menyelesaikan’ kes melibatkan pelancong asing yang dikatakan tidak memenuhi syarat kemasukan ke negara ini.

Sumber memaklumkan, SPRM sedang giat mengesan individu tersebut yang dikatakan telah meminta wang sebanyak RM18,000 bagi menyelesaikan kes tersebut.

Jumaat lalu, sebuah portal berita melaporkan seorang menteri didakwa telah melakukan kekecohan di KLIA kerana mahu ‘menyelamatkan’ seorang pelawat China yang ditahan daripada masuk ke Malaysia.

Menteri berkenaan dikatakan telah menceroboh masuk ke dewan ketibaan antarabangsa tanpa memohon pas keselamatan.

Bagaimanapun, King Sing yang mengakui beliau merupakan menteri dimaksudkan dalam insiden itu mendedahkan beliau telah membongkar satu peristiwa memalukan negara apabila wujudnya budaya rasuah dilakukan segelintir pegawai di KLIA.

Pada masa sama, dakwaan bahawa beliau dikatakan ‘menceroboh’ masuk ke dewan ketibaan antarabangsa tanpa memohon pas keselamatan juga tidak benar.

King Sing turut mendakwa ada pegawai Imigresen yang meminta wang diberikan sekiranya pelancong asing yang ditahan mahu dilepaskan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This