POLIS kini menyiasat kejadian khianat merosakkan pacuan empat roda di belakang sebuah premis dekat Pusat Perniagaan Gateway, Seremban, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pihaknya telah mengesan video tular mendakwa pihaknya tidak melakukan sebarang tindakan selepas menerima laporan polis yang dibuat oleh pengadu.
Beliau berkata, semakan mendapati pihaknya telah menerima laporan daripada pengadu pada pukul 5.03 petang.
“Hasil penelitian rakaman kamera litar tertutup mendapati sebuah kenderaan jenis Ford Ranger telah diparkir menghalang laluan memunggah barang.
“Pemandu lori kemudian telah bertindak meletakkan kon di atas bonet kenderaan itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, pengadu telah dihubungi untuk diambil keterangan dan kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Amizul Azman di talian 012-7985908.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

