DUA warga China yang dikaitkan dengan kekecohan di balai ketibaan Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini membabitkan seorang menteri dan pegawai imigresen telah pulang ke negara asal mereka, hari ini.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sr Azam Baki berkata, beliau dimaklumkan mengenai kepualngan wanita itu ke China oleh pihak berkuasa KLIA.
Beliau berkata badan pencegah rasuah itu telah merekodkan keterangan daripada sekurang-kurangnya 14 individu berhubung kejadian yang berlaku pada Khamis, 29 Jun lalu.
“Ini termasuk kenyataan daripada dua wanita itu, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Seri Tiong King Sing dan lapan pegawai imigresen,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Pemantapan Rakan Strategik Media SPRM, di Putrajaya hari ini.
Azam bagaimanapun berkata, beliau tidak tahu sama ada kedua-dua wanita itu akan kembali semula ke negara ini ataupun tidak.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

