YAYASAN Bank Rakyat (YBR) dengan kerjasama Universiti Malaya (UM) telah menganjurkan program keusahawanan berasaskan teknologi melalui penyelidikan serta produk bersesuaian untuk dipasarkan.
Program dikenali sebagai UM Deep Tech (UMDT) 3.0 Start-Up Accelerator telah dirasmikan oleh Pengerusi YBR, Datuk Philip Benedict Lasimbang.
Benedict Lasimbang teruja dengan program dijalankan yang disifatkan sebagai ‘membangunkan golongan usahawan’ terutama dalam kalangan belia untuk menceburi bidang perniagaan berasaskan pendidikan dan penyelidikan.

“Peserta bukan sahaja mendapat latihan kemahiran, malah dapat juga memasarkan produk kepada potensi pelabur. Ia secara tidak langsung dapat menjana ekonomi negara dan menarik minat pelabur dari luar negara.
“Program yang berkonsepkan mentor ini juga diharapkan dapat memberi pendedahan dan bimbingan kepada peserta untuk mendapatkan tunjuk ajar serta bertanyakan sebarang kemusykilan atau melontarkan sebarang idea kepada perunding yang telah dipilih di kalangan mereka yang berpengalaman,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Baca artikel lain: PRN 6 negeri diadakan serentak, pengundian 12 Ogos, penamaan calon 29 Julai
Beliau menambah, program ini merupakan platfom bagi menghasilkan produk yang berkualiti tinggi serta sebagai persediaan kepada peserta untuk menghadapi dunia perniagaan sebenar.
“Khidmat kepakaran para perunding ini bukan sahaja menjurus kepada peningkatan kemahiran serta memberi khidmat nasihat malah peserta turut berpeluang menjana pendapatan melalui produk baru dan akses pengetahuan pasaran bagi produk mereka sedia ada,” katanya lagi.
Benedict Lasimbang berpendapat, keusahawanan merupakan bidang alternatif dalam membuka peluang kepada anak muda untuk mendapatkan pendapatan lumayan serta meningkatkan taraf hidup mereka.
Majlis perasmian turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor Penyelidikan Dan Inovasi UM, Prof Ir. Dr. Shaliza Ibrahim; Pengarah UM Centre Of Innovation & Enterprise (UMCIE), Prof Madya Dr. Ivy Chung.

Hadir sama Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani; Ketua Bahagian Operasi YBR, Mohd Mukhti Abd Rahman dan Pengurus Jabatan Program YBR, Haziqah Hazemi.
Program dengan kerjasama UMCIE ini melibatkan 16 kumpulan serta penglibatan pakar perunding yang berpengalaman yang akan dijalankan selama 6 bulan.
UMDT pada tahun ini dikendalikan melalui kohort berbeza iaitu melibatkan pengendalian kelas teori, konseptual dan kelas pembelajaran bercampur membabitkan 65 sub-topik oleh pakar perunding yang dilantik.
Selain itu, pelaksanaan program ini turut memberi manfaat melalui peningkatan skil dan mewujudkan peluang pekerjaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

