Pajeri Kedondong Masam Manis Rasanya Sedap

Rosmarlinda Kamarudin
Rosmarlinda Kamarudin
Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini. Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR. Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

Dari Penulis

Pernah makan pajeri kedondong? Kalau belum, wajib cuba resipi ini. Air tangan orang dulu-dulu, memang rare. Rasa masa manis kedondong, diadun dengan rempah ratus menghasilkan pajeri yang cukup enak. Nak menjadikan pajeri ini sedap, ada petuanya. Ketika menumis dan proses memasak, gunakan api yang kecil dan pastikan tumisan betul-betul masak dan rempah masak dengan sempurna.

Pajeri rasanya sedikit manis, tetapi terpulang kepada cita rasa masing-masing. Gula merah atau gula kabung digunakan selain untuk rasa manisnya, ia juga menghasikan warna pajeri yang cantik. Selain kedondong, nanas, terung, mangga atau bacang juga sesuai di buat pajeri.

PAJERI KEDONDONG
BAHAN
20 biji buah kedondong – buang kulit
500 ml santan cawan santan
3 sudu besar rempah kari daging
2 sudu besar gula merah
2 sudu besar kerisik
1 liter air
Minyak untuk menumis
Garam
BAHAN TUMIS
5 ulas bawang merah – kisar
2 ulas bawang putih – kisar
1 sudu besar udang kering – kisar
2 cm kulit kayu manis

CARA PENYEDIAAN

  1. Rebuskan buah kedondong sehingga lembut. Angkat dan tuskan.
  2. Panaskan minyak, tumiskan ke semua bahan tumis dengan serbuk rempah kari daging sehingga naik minyak. Kacau rata.
  3. Masukkan santan dan buah kedondong dan gula merah. Masak menggunakan api kecil sehingga ke semua bahan sebati dan kuahnya pekat.
  4. Masukkan kerisik dan garam secukup rasa.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dari Muzium ke Kopi Durian, KLDEX Tarikan Terbaharu Wajib Singgah di KL!

INDUSTRI agropelancongan dan gaya hidup tempatan bakal melakar sejarah baharu dengan pembukaan rasmi Kuala Lumpur Durian Experience Centre (KLDEX)...

More Articles Like This