Dilupa Jangan : Koci Klasik Untuk Minum Petang

Rosmarlinda Kamarudin
Rosmarlinda Kamarudin
Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini. Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR. Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

Dari Penulis

Kuih koci klasik ini tidak mempunyai kuah santan. Tetapi jika ingin digaulkan sekali dengan kuah santan pun boleh. Ikut suka. Untuk kuah santan, campurkan 1 cawan santan, 150 ml air, 1 sudu besar tepung beras, daun pandan dan garam secukup rasa. Kacau diatas api perlahan sehingga kuah santan pekat. Sejukkan, tuangkan pada kuih koci kemudian balut dan dikukus.

Untuk membuat inti kelapa, masak 2 ketul gula kabung, 1 sudu besar tepung gandum, daun pandan dengan 1 liter air di dalam periuk sehingga mendidih. Kemudian masukkan 2 biji kelapa parut, kacau rata sehingga inti kering. Tujuan masukkan tepung gandum, untuk melekatkan inti dan mudah untuk dibulat-bulatkan.

KOCI KLASIK
BAHAN A

2 cawan tepung pulut
Air secukupnya
Secubit garam
Daun pisang – layur atas api dan potong 5 inci x 5 inci
Minyak masak
BAHAN B
Inti kelapa

CARA PENYEDIAAN

1.Masukkan tepung gandum dan tambahkan sedikit garam.

  1. 2.Kemudian masukkan air, gaul sehingga menjadi adunan.Tambahkan sedikit tepung pulut dan gaul hingga sebati.

3.Sapukan daun pisang dengan sedikit minyak. Ambil sedikit doh, bulatkan sebesar bola ping pong dan leperkan.

4.Letakkan sesudu inti kelapa di tengah-tengah doh.

5.Tutup inti doh dengan kemas.

6.Bentukkan daun pisang seperti kon dan bungkus dengan kemas. Kemudian kukus selama 15 minit.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dari Muzium ke Kopi Durian, KLDEX Tarikan Terbaharu Wajib Singgah di KL!

INDUSTRI agropelancongan dan gaya hidup tempatan bakal melakar sejarah baharu dengan pembukaan rasmi Kuala Lumpur Durian Experience Centre (KLDEX)...

More Articles Like This