Banjir lahar Gunung Semeru: 3 beranak termasuk bayi 4 bulan maut

Dari Penulis

TIGA beranak termasuk seorang bayi berusia empat bulan dilaporkan maut selepas banjir lumpur lahar Gunung Semeru melanda Lumajang dekat Jakarta, semalam.

Memetik laporan Kompas.com, mangsa merupakan pasangan suami isteri bersama anak mereka yang disahkan meninggal dunia akibat tertimbus di dalam lumpur.

Ketua Pelaksana Lumajang Patria Dwi Hastiadi berkata, ketika kejadian mangsa dipercayai berada di dalam rumah sebelum kediaman yang terletak di tebing gunung berapi itu runtuh dibawa lumpur.

Sementara itu, Pemerintah Daerah Lumajang telah mengisytiharkan status darurat susulan kejadian banjir itu.

Berdasarkan data Pusat Kawalan Operasi, sebanyak enam buah jambatan telah rosak akibat banjir itu dan seramai 571 penduduk telah dipindahkan di 13 pusat perlindungan.

Patria berkata, pihaknya bagaimanapun berjaya membuka kembali jalan yang ditutup di Kilometer 59 Laluan Lumajang-Malang pada pagi tadi.

“Kami telah membuka jalan masuk yang ditutup sebelum ini atas faktor keselamatan. Kenderaan roda dua dan empat kini dibenarkan melalui jalan tersebut,” ujarnya.

Difahamkan, cuaca ekstrim dijangka akan berlaku di daerah Blitar, Kota Malang, Lumajang, Tulungagung, Banyuwangi, Jember, Kediri, Pasuruan, Probolinggo, Batu Trenggalek, Jombang, Nganjul dan Ponorogo.

Penduduk digesa sentiasa berhati-hati dan berwaspada terhadap perubahan cuaca.

Sebelum itu, tular video memaparkan penduduk setempat melarikan diri apabila banjir lahar itu melimpah ke jalan raya dan memusnahkan jambatan selain tiang lampu tumbang di daerah Lumajang.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Guru muzik mengaku tak bersalah amang seksual enam pelajar perempuan

SEORANG guru muzik yang mengajar di sebuah sekolah menengah di Sabak Bernam mengaku tidak bersalah atas 14 pertuduhan melakukan...

More Articles Like This