Didakwa sentuh 3R, Pemuda PN dikerah lapor polis ke atas Guan Eng

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PEMUDA Perikatan Nasional (PN) seluruh negara diarahkan membuat laporan polis terhadap Pengerusi DAP, Lim Guan Eng kerana didakwa mengeluarkan kenyataan menyentuh isu 3R atau kaum, agama dan diraja.

Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari menyifatkan dakwaan Guan Eng bahawa PN akan merobohkan tokong sekiranya berjaya merampas Pulau Pinang sebagai satu pembohongan besar untuk menutup kegagalan mentadbir negara.

Ahmad Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas turut mengecam keras dakwaan yang disifatkannya sebagai kenyataan terkutuk.

Malah, beliau menegaskan, kenyataan itu merupakan kemuncak kepada provokasi kaum yang bakal memusnahkan kedamaian dan perpaduan rakyat Malaysia hanya semata-mata takut melihat penolak rakyat kepada Kerajaan Perpaduan.

“Pemuda PN dimaklum suatu ucapan yang sangat biadap, kononnya untuk menakutkan pengundi bangsa Cina oleh Guan Eng dengan menyatakan PN akan memusnahkan tokong jika berjaya memerintah Pulau Pinang!

“Para menteri yang sebelum ini sibuk memberi amaran akan bertindak jika isu ini dibangkitkan, nah sekarang apa tindakan?

“Laporan polis akan dilakukan di seluruh negara bagi menyatakan bantahan terhadap sikap perkauman pemimpin DAP ini,” katanya dalam kenyataan.

Baca artikel berkaitan: Ditawar sertai PN, MCA kata tidak

Terdahulu, Ketua Penerangan Pas, Khairil Nizam Khiruddin menegaskan dakwaan Guan Eng bahawa PN akan memusnahkan tokong jika berjaya mentadbir Pulau Pinang jelas menggambarkan DAP sebuah parti ekstrem.

Bagaimanapun, Guan Eng menafikan pernah mendakwa PN akan merobohkan tokong sekiranya berjaya menawan Pulau Pinang.

Sebaliknya, Ahli Parlimen Bagan itu berkata, ucapannya dalam bahasa Mandarin itu telah diputarbelitkan seolah-olah ada pihak yang ingin merobohkan tokong Buddha atau tokong Cina.

Guan Eng menjelaskan, ucapannya itu dibuat merujuk kepada kes sebuah tempat ibadat Hindu yang dirobohkan pada Julai 2020 di Kedah.

“Ini tidak benar. Saya amat kesal ada pihak yang tidak bertanggungjawab sengaja memutarbelitkan ucapan saya dan menggambarkan seolah-olah ia membakar sentimen perkauman agama dan kaum,” tegasnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemandu Singapura didenda RM20,000 isi petrol bersubsidi RON95

MAHKAMAH Sesyen Johor Bharu menjatuhkan hukuman denda RM20,000 atau penjara tiga bulan jika gagal membayarnya ke atas seorang warga...

More Articles Like This