Bertengkar guna parang, pemandu lori ditahan, pemandu Ford Ranger dicari

Dari Penulis

SEORANG pemandu lori ditahan susulan video tular pertengkaran melibatkan suspek yang memegang parang tular di media sosial sejak semalam.

Video berdurasi 30 saat itu menunjukkan pemandu lori berusia 35 tahun itu mengacukan parang ketika berlaku pertengkaran dengan seorang pemandu kenderaan pacuan empat roda Ford Ranger di stesen minyak kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gurun, Kedah.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, pihaknya mengesan video yang tular di Facebook pada pukul 10 malam tadi.

Menurut Zaidy, sepasukan anggota Task Force Balai Polis Gurun telah pergi ke stesen minyak berkenaan dan menemubual pengurus untuk pengesahan berhubung kejadian itu.

Katanya, pengurus stesen minyak itu memaklumkan kejadian berkenaan berlaku pada pukul 7.40 malam, 1 Julai lalu.

“Hasil semakan video mendapati ia telah ditularkan seorang pengguna Facebook.

“Siasatan mendapati kejadian tersebut tercetus pada pukul 6.15 petang 1 Julai lalu sewaktu suspek yang memandu lori keluar dari Hentian Bukit Kobah, Pendang (Lebuhraya Utara-Selatan).

Baca artikel berkaitan: Empat ditahan babit penemuan mayat lelaki Indonesia dalam bonet City

“Berlaku perselisihan faham antara suspek dengan seorang lelaki yang memandu Ford Ranger kerana telah membunyikan hon kepada pemandu lori berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Zaidy memaklumkan, pemandu lori berkenaan menyatakan beliau telah diugut pemandu Ford Ranger sehingga menyebabkannya mengeluarkan sebilah parang yang disimpan dalam lorinya.

Beliau berkata, pemandu lori itu kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Gurun pada jam 5.14 petang semalam.

“Berikutan itu, suspek ditahan jam 8.30 malam tadi untuk membantu siasatan.

“Usaha untuk mengesan dan menahan pemandu Ford Ranger itu masih diteruskan.

“Sehubungan itu orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung pemandu Ford Ranger berkenaan atau saksi kejadian atau pemilik aplikasi Tik Tok berkenaan boleh menghubungi Inspektor Sabri Salamat di talian 014-6727927,” katanya.

Zaidy berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya (ABKLSB) 1958 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This