UMNO dijangka bersaing di 16 daripada 36 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan bulan depan.
Kerusi yang menjadi ‘idaman’ UMNO dikatakan terletak di kawasan pinggir bandar dan pedalaman yang mempunyai 60 peratus majoriti Melayu.
Memetik laporan BH Online, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias memaklumkan, UMNO masih menunggu dua kerusi tambahan yang dimohon parti itu.
Katanya, dua kerusi tambahan itu melibatkan masing-masing satu kerusi dalam Parlimen Seremban dan Jelebu.
Permohonan bagi dua kerusi tambahan itu dijangka diputuskan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) dalam masa terdekat.
“Sebelum ini, Barisan Nasional (BN) negeri ditawarkan 16 kerusi DUN namun membuat permohonan untuk tambahan dua kerusi lagi membolehkan kedudukan sama rata antara BN dan PH.
“Namun kita optimis akan dapat satu atau dua lagi kerusi tambahan walaupun MCA dan MIC sudah menyatakan tidak bertanding pada PRN kali ini,” katanya.
Baca artikel berkaitan: Anwar terus pertahan DAP, tak setuju UMNO diharamkan
Negeri Sembilan mempunyai 36 kerusi DUN dengan PH sebelum ini menguasai 20 manakala bakinya dikuasai BN.
UMNO dijangka meletakkan calon di kerusi DUN Pertang, Sungai Lui, Serting, Palong, Juasseh, Seri Menanti, Senaling, Johol, Chembong, Kota, Bagan Pinang, Linggi, Gemas, Gemencheh dan Rantau.
Kerusi Jeram Padang yang sebelum ini dimenangi MIC dijangka ditandingi PKR susulan keputusan MIC tidak menyertai PRN manakala UMNO akan diberikan satu kerusi lain sebagai strategi untuk memastikan PH-BN kekal mentadbir.
Jalaluddin yang juga Ahli Parlimen Jelebu berkata, beliau yakin ahli dan penyokong UMNO akan kekal menyokong parti itu pada PRN.
“Saya yakin dan percaya, dakwaan bahawa kerjasama antara PH-BN menyebabkan penolakan terhadap UMNO tidak akan berlaku kerana mereka sudah mendapat maklumat mencukupi tentang penubuhan Kerajaan Perpaduan,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

