Penunggang motosikal maut dilanggar lori buat pusingan U

Dari Penulis

SEORANG penunggang motosikal maut selepas dilanggar sebuah lori yang membuat pusingan U di Kilometer 46 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh, pukul 7.55 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, mangsa berusia 22 tahun dalam perjalanan ke tempat kerja disahkan maut di tempat kejadian.

Katanya, kemalangan dipercayai berlaku semasa pemandu lori berusia 65 tahun itu dalam perjalanan dari Ulu Yam lama ke Kuala Kubu Bharu.

“Sampai di lokasi kejadian, pemandu lori telah membuat pusingan U di kawasan yang tidak dibenarkan lalu melanggar bahagian hadapan motosikal Yamaha ditunggangi mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 46 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh.

Pemeriksaan mendapti pemandu lori tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

Jelasnya, bedah siasat akan di lakukan di Hospital Kuala Kubu Bharu dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PM umum peruntukan tambahan RM1 juta Tabung Kasih@HAWANA

BAGI menyokong kebajikan pengamal media di negara ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan tambahan...

More Articles Like This